BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 9, 2010

Suratan Takdir Yg Menentukan..!!

Npe takdir?. Npe xkebenaran yg b'salutkan hakikat.?
Gila apa?
Aku pening lagi.
Aku t'pisah dgnnya.
Dia pula, dipisahkan oleh masa. Berapa lama ah? Soalan bodoh itu menyelinap di fikiranku .. kala aku tengah membelek surat kenangan itu.

Setahun berlalu. Entah apa yg terjadi padanya. Moga dia bahagia b'sama dgn teman kesayangannya.Aku?..bagaimana dgn aku?. Aku membisikkan soalan itu kembali. Bagaimana harus aku temuinya di saat ini?
Jauh tu..melingkari lautan China-selatan. Aku......
AKU RINDU PADAMU............!!!!!. aku menjerit di ptg itu dgn
harapan jeritanku mampu m'hilangkan kerinduaku padanya.

Hampeh!. Aku bersuara kesal.

Di saat pemergianku dulu..tiada siapa yg tahu..kemana perginya aku.
Cuma yg tahu..Kak Siti dan abg Shah...juga Kak Ogi.
Yg lain tu..seakan masih merasa kehadiran aku di Bumi itu. Lantak kau orang lah! Janji rock!. Aku bersuara lagi.

2tahun yang lalu. Syg itu mungkin ada..hanya sebagai seorang kawan yg setia. Setahun selepas itu..rindu mula menyelinap di saat cuti-cuti Malaysia ku bertandang. (cuti semester). Aku sering pulang kekampung untuk bercuti. Begitu malas untuku menetap lama di bumi asing itu. Entah npe, aku terasa ada sesuatu menggamit aku apabila pulang ke Kolej.

Mek tanjung rambutan!.
Kau jahat lah! Aku tak suka kat kau!. Kenapa panggil aku mcm tu?.
Aku punya suka lah!. Npe? Tak bagus nama tu?.
Aku tak nak kawan dgn kau lagi!.
Awak!..awak marah ke?.

Aku hanya mampu m'diamkan diri. 3 hari aku tak bercakap dgnnya. Bila ada assignment berkumpulan dgnnya, aku lebih professional dan tiada gurauan lagi di wajahku. Dia pula, ku lihat mula terhegeh-hegeh menyapa aku. Sedangkan aku buat tak tahu saja.

Awak marah kat saya lagi ke?.
Awak!.....ooo..Awak!, bisu ke?...

aku m'diamkan diri..menyibukkan diri dgn menulis nota tanpa menghiraukan pertanyaanya.
Kau sibuk ke?, kalau xsibuk..tolong taipkan dokumen dokumentari nie, esok kita ada presentation yang ini.
Aku berlalu terus meninggalkan dia dgn terpinga bersama kertas kerja yang aku suruh dia taip itu.
Aku berlalu meninggalkan dia dgn perasaan bengkak giler waktu tu.

Tiba-tiba....
Awak!, takkan marah dgn saya sampai macam ni sekali kot?.
Awak, pandanglah saya! Saya nak minta maaf nie!.

Kau nak apa lagi?. Dan puas hati kau
sakitkan jiwa dan perasaan aku nie?.
Hehehehe.....lawak lah awak nih!, bila pula saya sakitkan hati awak ni?.

Geram nye perasaan aku waktu itu. Mahu rasanya aku lempang Mamat ni. Hari tu kutuk aku Mek tanjung rambutan lah..ini lah..dan sebagainya.
Geramnya aku!!!!.

Sudah!, aku tak nak cakap dengan kau lagi. Pergi dari sini.
Awak!.Maafkan saya ok, saya janji tak buat lagi.
Boleh!....Boleh Bla..lah kau!.

Aku berlalu meningglakan dia terpinga dan sekilas pandang wajahnya muram sungguh.

Padan muka kau! Buat lagi aku marah!..heheee.
aku gelak sendirian.

Hari semakin berganti hari. Aku seperti biasa dgn rutin harian. Balik kuliah petang, jika ada masa aku pergi main badminton bersama kawan. Exam last semester dah dekat, aku sibukkan diri mengulangkaji pelajaran.

Satu mesej di hp ku ....

Awak! Marah saya lagi ker? Saya minta maaf pasal hari tu. Saya hanya b'gurau saja. Jgn marah lagi ea. Esok nak exam, saya doakan awak berjaya ok. Good Luck my sweety!- Nz

meluat aku baca mesej dia. Geram pun ada.

2 minggu berlalu dan exam sudah pun dilangsungkan dengan jayanya olehku. Cuma harapan utk target lulus tu ada dalam tangan.
Awak, .. balik cuti tak semester last nih?.
Kau sibuk tanya aku npe?, aku balik ke ..xke, kau siapa nak ambil tahu?.
Amboi! Garangnya. Tanya pun tak boleh ke?.
Sibuk jerk!.
Ala....awak! Chak!!!!...chak!!!..janganlah marah sa....yan...g!..oi!!!.
Hey...sejak bila pula kau panggil aku sayang-sayang nih?.
Hehehe..sejak saya kenal Awak dah boleh marah-marah saya hari tu, terus melekat sayang!.
Hey..hello...tak ada standard lah nak bersayang-sayang dengan aku tau.
Habis tu nak panggil Darling?..boleh juga!.

Aku membulatkan mataku. Dia pula senyum nakal padaku. Eeeeeeeee.....geramnya aku! Malas dah aku nak layan orang mcm tu.


Pagi tu, aku packing barang-barang aku. Aku check tiket penerbangan aku.
Are!, betul ke nak.. nak balik ni? Tak nak tunggu setahun dulu?
Kerja sini dulu, cari pengalaman hidup dulu bina kerjaya sendiri disini..sebelum
Pulang kekampung.

Akak, setiap orang ada tujuan dan matlamat tersendiri dalam hidup.
Tapi, Are balik ni pun tak ada matlamat apa-apa.
Cuma harapan yg akan membawa Are agar diketemukan lagi
Suatu waktu nanti.

Dah fikir masak-masak? Fikir sepuluh kali Are, jangan menyesal di kemudian hari!.
Jangan risau Akak, saya mampu hadapinya.
Kau ada masalah keluarga ke? Kalau ada masalah bagitahu Akak. Manalah tahu akak boleh bantu memberi nasihat ke atau apa-apalah!.
Hemss...tak adalah! . Aku senyum kelat di pagi tu.
Flight jam berapa esok?.
Jam 02:45 Petang, direct ke kampung terus.
Oooo..macam tu!. Kalau kau ubah fikiran malam ni, inform akak awal-awal tau..hehehee.
Hiskk...ada pula macam tu..akak ni!.
Aku dan Akak gelak sama-sama.
Lucu lah dia tu.

***********************************************
Hello ..... Awak! Jumpa petang ni kat Titiwangsa, lama dah tak sembang dengan Awaak lah!.
Hemms..ok jugak, aku pun ada hal nak cakap dgn kau. Jam berapa?.
Saya sampai jam 05:30 petang, jumpa kat Taman depan Golf tentera tu ok!.
Ok..aku pergi.
Tadi kata ..ada hal nak cakap? Cakap sajalah kat telefon ni.
Nantilah....kat Taman nanti ok.
OK!.
***********************************************
Hai...
Ha..awak!....sampai pun.
Aku hanya tersenyum kelat jer.
Dia ku lihat ceria semacam je, tertanya juga di hati kenapa yerk?
Ikut suka dia lah.
Awak...
Saya....
kami serentak meluahkan kata...

Oklah..awak dulu..lah...kata nak cakap sesuatu tadi. Cakaplah, awak cakap dulu.
Tak apa..kau cakap dulu lah. Nanti aku cakapkan apa yang aku nak cakapkan. Ok.
Baiklah!.
Awak masih marah pada saya ke? Pasal hari tu?
Saya minta maaf lah. Saya tak sengaja...
Saya dapat tahu.. Kak Siti kata Awak Badmood time tu...
So..that meansm saya silap hari le b'gurau dgn awak!.

Tak apa..saya dah lama maafkan awak.
Betul ke?. Best nye!..hehehee.
Hisk..gelak pulak dia.

Awak!...saya....saya...
Saya..apa? cakaplah....
Awak...saya suka kat awaklah!.
Dengan tenang di melafazkan kata-kata, sambil senyum terukir dibibirnya.
Ah? Suka kat saya? Suka macam mana tu? Cuba jelaskan!.
Dengan berani aku menyoal kembali. Ku kumpulkan seluruh nadiku menahan sebak petang itu..biar nampak b'sahaja.
Suka lah...suka..dengan awaklah!. Maksud saya...saya sayangkan awak
lebih dari seorang kawan!.

Bergegar jantung aku siot!. Petang itu bagaikan satu halilintar menusuk hatiku. Namun aku keliru menilai permata itu.

Lebih dari seorang kawan?. Maknanya selama ni..awak.....!
Ya..selama ini saya menyintai awak!..I love u so much...
walaupun saya tahu tak mungkin awak sanggup menerimanya di waktu itu..
tapi sekarang saya rasa inilah masa yang sesuai.

Aku terkesima seketika. Kami terdiam. Aku membisu seribu makna.

Naz .... sebenarnya, Are ..... .
aku tak mampu meneruskan kata-kata..dadaku sebak..mataku bertakung jernih air yang akan mengalir bila-bila masa sahaja.

Kenapa? Sukar menerima saya?.
Bukan macam itu....sebenarnya esok saya akan berangkat pulang Ke daerah asal saya. Kita tak mungkin bersatu..dan terlalu mustahil untuk semua itu.
Aku membariskan ayat dengan berhati-hati..tanpa niat melukakan hatinya.

Kenapa xbgth saya awal-awal lagi?.
Ini keputusan mendadak saya!. Maafkan saya!.

Dia menggengam erat jariku..tanpa melepaskan apa-apa juga perasaan yang tersimpan...dgn spontan dia memeluk ku. Aku terkedu ...airmata mula mengalir perlahan dipipiku. Aku terkapai dalam pelukannya.

Are..mengapa kita harus dipisahkan?. Tak dapat ke..Are tunggu setahun dua ni untuk memberi ruang dan masa buat diri sendiri dan saya di hati Are?.

Saya tidak punya waktu yang panjang. Maafkan Are!.
Dikeheningan ptg yang suram itu...ku lepaskan pelukannya dgn p'lahan ... ku pegang erat tangannya..ku genggam dgn kemas...

Boleh kita diketemukan nanti..tapi dalam dunia yang berbeza....kita tiada jodoh disini..mungkin..masa depan? Siapa akan tahu.

Aku bagai memberi harapan yang tipis buatnya.

Tak mungkin Are!...Naz tak mungkin melupakan Are!. 3 tahun kita lalui saat-saat suka dan duka bersama..dendam dan rindu Naz hanya utk are. Tolonglah Are..tolong ubah fikiran..kembalikan keceriaan dulu....

xsampai hati aku melihat tangisannya..dan aku pula perlu kan sokongan utk bangkit melihat matlamat ku dihadapan....mmg benar kata Mamaku...
tiap satu p'temuan..mesti melalui saat p'pisahan..setiap pilihan..perlu dilalui dgn p'gorbanan....dan setiap kebetulan....adalah suatu suratan takdir.
Aku dan dia menangisi p'pisahan itu dgn redha. Dgn p'lahan-lahan..aku hilang dari pandangan nya. Ku tinggalkan dia dgn tangisan dlm kerinduanku. Moga Kau bahagia selalu...bisik hatiku.. Aku sentiasa doakn kebahagiaan kau..!!

0 comments: